Berita baik buat pencinta nombor plat

nak tukar nombor pendaftaran baru tanpa beli kenderaan baru??

Betul ke!!

Salam hormat kepada anda. Terima kasih kerana sudi singgah ke halaman ini. Disini saya nak kongsikan serba sedikit ilmu dan pengalaman untuk proses pemindahan (interchange) nombor pendaftaran. 

Sebenarnya ramai yang kurang tahu boleh ke nombor pendaftaran kereta atau motosikal yang dah daftar ditukar ke nombor lain. 

Teruskan bacaan anda sehingga tamat untuk saya kongsikan apa syarat dan bagaimana cara untuk membuat proses pemindahan nombor pendaftaran sedia ada kepada nombor yang lebih cantik, menarik dan paling penting jimat.



Sebelum nak proses pemindahan nombor, mesti kena tahu dulu apa syarat-syaratnya. ok, boleh baca dulu syarat bawah ni samada sesuai atau tak sesuai. 

Pemindahan nombor pendaftaran kenderaan merupakan proses memindahkan nombor pendaftaran daripada kenderaan motor yang telah didaftarkan (asal) kepada kenderaan motor yang belum didaftarkan(baru) serta menguntukkan nombor pendaftaran baru kepada kenderaan tersebut.


Syarat-syarat permohonan:
  1. Permohonan boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar kenderaan atau wakil.
  2. Kedua-dua kenderaan asal dan baru dimiliki oleh pemilik yang sama.
  3. Kenderaan baru belum didaftarkan lagi.
  4. Hanya kenderaan asal yang hendak dibuat pemindahan nombor dikehendaki menjalani pemeriksaan PUSPAKOM untuk mengenalpasti identiti kenderaan. Bagi kenderaan baru, pemeriksaan TIDAK diperlukan kecuali bagi kenderaan impot.
  5. Kenderaan asal tiada senaraihitam JPJ dan PDRM.
  6. Tarikh e-Insuran adalah terbuka bagi kenderaan baru selepas pemindahan nombor pendaftaran diproses.
  7. Fi yang telah ditetapkan.
Dokumen yang perlu dikemukakan:
  1. KENDERAAN BAHARU
    1. 2 (dua) salinan Borang Senarai Semak eDaftar.
    2. 2 (dua) salinan Borang JPJ K1 cetakan elektronik.
    3. Dokumen pengenalan diri mengikut jenis pemohon.
    4. Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM(B2) bagi kenderaan orang cacat atau kenderaan impot.
    5. Salinan Sijil Kelulusan Kenderaan Diesel Hijau (SIRIM) yang masih berkuatkuasa (bagi kenderaan diesel hijau).
    6. Borang Kastam K1 (bagi kenderaan import).
    7. Lesen Impot (AP) asal dan salinan (bagi kenderaan impot).
    8. Surat/borang keputusan tempahan nombor pendaftaran kenderaan yang berjaya (jika berkenaan); dan
    9. Fi yang telah ditetapkan.
  2. KENDERAAN LAMA
    1. 2 (dua) salinan Borang JPJ K1E.
    2. 2 (dua) salinan Borang JPJ K1A.
    3. Dokumen pengenalan diri mengikut jenis pemohon.
    4. Perakuan Pendaftaran Kenderaan(JPJK2) asal.
    5. Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM (B2) atau B5.
    6. Surat pengesahan/persetujuan daripada Kastam (bagi Labuan dan Langkawi).
    7. Dokumen pengenalan diri asal dan salinan wakil (sekiranya wakil hadir).

    klik sini Untuk Maklumat Lanjut