KANSER/BARAH PAYUDARA

cara cegah kanser payudara berkesan


CARA CEGAH KANSER PAYUDARA BERKESAN

Barah payudara adalah kanser paling kerap berlaku di dunia. Ia lebih cenderung berlaku kepada dewasa wanita berbanding dengan lelaki. Dijangka satu dari lapan wanita akan disahkan mengalami kanser payudara. Lelaki juga boleh mengalami kanser payudara tetapi ianya jauh kurang berbanding wanita. 



STAGING

Tatacara menilai sejauh manakah kanser telah bertapak dinamakan staging. Langkah ini memberikan panduan betapa "berat" kah penyakit, apakah kemungkinan "survivality" (kemungkinan usia berpanjangan), dan pilihan tatacara rawatan yang wajar dijalankan.Malang sekali ramai wanita tempatan hanya sedar mereka menghadapi kanser payudara pada peringkat yang lewat - Stage 4 - yang menyukarkan ikhtiar. Ada sebahagian yang mencuba pelbagai cara pengubatan dan hanya ke hospital setelah semuanya gagal - pada masa itu memanglah terlambat!

Ancaman barah payudara perlu disedari oleh setiap wanita dewasa tanpa mengira usia lalu mengambil langkah-langkah perlu.


fAKTOR-FAKTOR RISIKO

Keturunan

Ianya amat jarang sebelum USIA 40 tahun. Kurang dari 5% kejadian kanser berlaku sebelum usia 40 tahun. Kejadian kanser payudara makin cenderung berlaku dengan meningkatnya usia selepas 40 tahun.Jika IBU seseorang pernah mengalami kanser payudara, kemungkinan dia juga mengalami kanser serupa meningkat dari 50 ke 80% berbanding rakan sebayanya yang tanpa sejarah keluarga sedemikian.

Obesiti

Jika seseorang itu berlebihan berat badannya - OBESITI terutamanya selepas menapause, dia akan lebih cenderung mengalami kanser payudara berbanding rakan setara yang berat badan biasa.

USIA REPRODUKTIF

Seseorang yang mendapat period awal sebelum usia 12 tahun dan hanya mula mengalami menapause selepas usia 55 tahu  sebenarnya terdedah kepada kesan hormon yang lebih lama. Ini membuat dia lebih cenderung mengalami kanser payudara.

Kita perlu sama-sama peduli demi kesejahteraan bersama.

SARINGAN untuk Kanser Payudara.

Self Exam Of Breast atau pemeriksaan diri payudara adalah amat penting untuk dilakukan secara berkala. Tekniknya perlu dipelajari. Jika terdapat sesuatu yang membawa syak kepada diri, ambil masa untuk bertanya Doktor Peribadi/Keluarga Sendiri.

Tanda-Tanda Awal Ia Mungkin Kanser Payudara

Tampak perubahan dari segi bentuk, saiz atau simetri pada payudara

Tanda-Tanda Awal Ia Mungkin Kanser Payudara

Sebarang kawasan payudara yang seolah membengkak mahupun menebal

Tanda-Tanda Awal Ia Mungkin Kanser Payudara

Sebarang bentuk melesung ("dimple" /"pitting") pada kulit payudara

Tanda-Tanda Awal Ia Mungkin Kanser Payudara

Puting yang tampak seolah bersisik atau kemerahan

Tanda-Tanda Awal Ia Mungkin Kanser Payudara

Puting mengeluarkan cecair - terutama cecair berdarah, melekit atau jernih

Tanda-Tanda Awal Ia Mungkin Kanser Payudara

Puting terasa sakit

Tanda-Tanda Awal Ia Mungkin Kanser Payudara

Puting termasuk ke dalam seolah-olah bertukar arah tonjolannya

Tanda-Tanda Awal Ia Mungkin Kanser Payudara

Sebarang perubahan pada payudara yang merisaukan.

 

Ambil masa untuk merujuk kepada Doktor Peribadi/keluarga bila saja terasa syak atau ragu.

MAMMOGRAFI adalah satu cara pengimejan untuk mengesan ketumbuhan di payudara yang mungkin sahaja Kanser payudara.Mammografi dibuat jika ada syak bila dilakukan pemeriksaan; juga secara berkala pada mereka yang berisiko tinggi.

cara cegah kanser payudara berkesan

Apakah Itu Tocotrienols?

Tocotrienols merupakan kumpulan Vitamin E yang wujud secara semulajadi di kebanyakan persekitaran terutamanya di dalam tumbuh-tumbuhan. Secara umum, Vitamin E boleh terbahagi kepada dua famili yang besar iaitu Tocopherol dan Tocotrienol. Bagi setiap famili Tocopherol dan Tocotrienol, terdapat jenis yang berbeza mengikut struktur mereka. Ia termasuklah alpha, beta, delta dan gamma. Keempat-empat jenis ini wujud dalam setiap famili Vitamin E. Tetapi apakah yang membezakan Tocopherol dan Tocotrienol? Jawapannya terletak pada struktur mereka sendiri.

Tocotrienols 

Vitamin E yang terbaik, tinggi antioksidan sebagai anti kanser terbaik.

Kebaikan Tocotrienols:


Sumber Antioksida

Membantu mengurangkan kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.

Kesihatan Jantung

Mengurangkan risiko penyakit jantung seperti arteriosklerosis dan penyakit koronori jantung.

Pelindungan Dari Kanser

Membantu merencatkan pertumbuhan sel-sel kanser dan tumor.

Perlindungan Sel Otak Dan Saraf

Membantu melindungi sel-sel otak daripada penyakit strok, parkinson dan alzheimer.

Anti Penuaan Dan Perlindungan Kulit

Membantu melambatkan proses penuaan dan mempercepatkan penyembuhan luka serta mengurangkan kesan parut.

managing breast cancer with tocotrienols

BARAH HANYA MEMBUNUH BILA KITA ALPA KEPADA IKHTIAR YANG ADA.