Anda Berminat Nak Buat Bisnes Tudung?

Bila kita nak buat bisnes tudung ni, memang ada banyak juga benda yang perlu kita tahu. Di mana nak cari supplier?Apa tudung yang disukai oleh pasaran?Kain jenis apa yang mahu digunakan?Mana nak cari tukang jahit?Berapa harga nak letak?Macam mana nak ambil gambar yang menarik
Perkara paling penting untuk memulakan apa sahaja perkara tentulah minat dan kesungguhan. Tanpa minat, mungkin anda boleh lupakan sahaja impian untuk memiliki perniagaan sendiri kerana apabila kita bertemu dengan kegagalan, hanya individu yang mempunyai minat yang mendalam sahaja akan bangkit semula untuk mencipta kejayaan

KAT MANA NAK JUAL?

Macam mana nak buat ayat iklan?Macam mana nak tahu apa tudung yang pelanggan suka?Dan macam-macam lagi perkara dan persoalan yang muncul! Namun begitu, berita baiknya... Dalam sibuk-sibuk menjual tudung ini. Saya telah meluangkan masa lebih kurang sebulan, untuk menuliskan segala rahsia dan juga pengalaman saya sepenjang berkecimpung di dalam perniagaan tudung ini!Alhamdulillah.. Lepas curi-curi masa sedikit selama lebih sebulan... maka, akhirnya..... Terhasillah EBOOK DUO ini... Ebook "Rahsia Bisnes Tudung"

PRODUK YANG PERLU DI JUAL

Perkara lain yang perlu diambil kira tentulah produk yang ingin dijual. Persoalan yang biasa timbul tentulah sama ada untuk membeli secara borong dan jual semula dengan harga yang murah atau menghasilkan sendiri tudung tersebut. Untuk peringkat permulaan, mungkin kita boleh menghasilkan sendiri kerana kekangan modal yang kecil. Tetapi, masalah akan mula timbul jika kita tidak mempunyai kemahiran menjahit. Oleh itu, cara yang terbaik adalah dengan memilih dan membeli sendiri kain yang kita ingin jadikan tudung dan menghantarnya kepada tukang jahit. Kita boleh memotong sendiri kain tersebut mengikut rekaan yang kita kehendaki dan menghantar kepada tukang jahit untuk dijahit tepi. Kos yang terlibat juga adalah sedikit berbanding jika kita membeli terus secara borong.

Bisnes Tudung Jenama Sendiri

Walaupun bisnes tudung ini sentiasa mempunyai permintaan, adalah lebih baik untuk anda berkira-kira akan beberapa perkara yang penting sebelum anda berbuat demikian.

Ianya penting agar nanti sekiranya anda dah mulakan bisnes tudung jenama anda sendiri, bisnes anda memberi keuntungan yang lumayan.


.

TUDUNG BAWAL INSTANT

TUDUNG SARUNG SUL.