Web Replika atau Squeeze Page
Pertama, SJP ni sediakan squeeze page atau web replika. Web replika ialah satu laman web bagi membolehkan pelanggan memberi nama dan email untuk melanggan apa yang kita tawarkan. Kita hanya tulis sikit apa bisnes SJP dan faedah bila melanggan dengan SJP.
Tugas kita hanya promote webreplika ini di Facebook, blog, twitter, email kepada kawan-kawan, whatsapp dan sebagainya.
Kedua, apabila pelanggan melanggan SJP, SJP akan memberi email setiap 1-2 dua hari sekali mengenai produk affiliate yang boleh mendatangkan pendapatan affiliate. Yang syoknya, pemilik SJP akan menghantar email secara automatik hingga akhirnya pelanggan besar peluang akan beli produk SJP.
Lepas tu, kalau pelanggan tu dah beli satu produk, pelanggan akan terima email lain yang berkaitan dengan produk pertama tu
.Aku bagi contoh mudah. Mulanya pelanggan beli rumah. Lepas beli rumah pelanggan tentu nak beli kelengkapan, nak beli kitchen cabinet, nak beli meja makan, set TV, dan kerusi meja.
Jadi kita tak perlu pening - kita hanya cari email pelanggan sahaja. Yang lain SJP akan buat kerja offer produk dan susulan nak convince pelanggan hingga close sale. Best kan?
Jadi bila ada pembelian kita dapat 40% komisyen. Secara purata harga produk affiliate RM100, maka dapat komisyen RM40.