Ramai yang memulakan perniagaan tapi tidak tahu produk apa yang hendak dijual. Jika hendak membuat penyelidikan pasaran melibatkan kos yang besar dan mungkin tidak berbaloi. Akibatnya usahawan menjual produk ikut syok sendiri.
Lebih malang ada usahawan online yang mengupah orang membuat laman jualan dengan kos beribu ringgit, membuat iklan berbayar beratus ringgit sebulan di Fb dan Google. Sekiranya memilih produk yang permintaan kurang, tentu perniagaan ini tidak dapat menampung kos-kos membuat laman jualan dan kos iklan.
Jika berterusan rugi, perniagaan akan ditutup.
Cara yang profesional ialah membuat kajian pasaran sebelum menjual produk. Kajian pasaran akan merangkumi masalah pelanggan, saiz pasaran, jantina dan lokasi pelanggan. Jika ada beberapa produk yang bersesuaian maka pilihan akan dibuat bagi menentukan produk yang terbaik dan kos yang berpatutan.
Pesaing pasaran hendaklah juga dikenalpasti kerana persaingan dan harga boleh menentukan kejayaan perniagaan dan syarikat.