Ianya dicipta dan digarap sedemikian rupa dan diformulasikan hasil kajian selama lebih dari 15 tahun oleh team Mega Group untuk mengimbangi kenaikan kos sara hidup yang meningkat agak ketara berbanding pendapatan semasa.
APAKAH ASAS UTAMA PROGRAM INI
Asas utama program ini adalah membantu masyarakat Malaysia bebas hutang.
KENAPA RUMAH/ HARTANAH
Rumah / hartanah merupakan perbelanjaan besar dalam pendapatan sesebuah keluarga. Tiada cara lain yang mampu dilakukan baik dipihak kerajaan mahupun individu dalam membolehlan seseorang individu memiliki rumah mampu milik dan didalam lingkungan kemampuan masing2.
Rumah /Hartanah juga merupakan aset yang agak stabil dan kalis inflasi serta mempunyai nilai kenaikan harga yang agak sekata dan stabil.
APAKAH KESAN KEPADA MASYARAKAT UNTUK PROGRAM INI.
Kesan yang bakal di lahirkan adalah masyarakat mampu memiliki rumah dalam keadaan kenaikan komitmen perbelanjaan bulanan yg tidak terlalu ketara atau mungkin juga berpeluang tidak ada kenaikan langsung. Dalam masa yang sama mampu mengekalkan kedudukan kewangan semasa seseorang individu itu akan kekal stabil untuk mengekang serangan inflasi atau deflasi.
KENAPA NAMA PROGRAM SIFAR HUTANG
Nama program sifar hutang kerana matlamat utama prgram ini adalah untuk sasaran sifar hutang dalam satu tempoh masa kepada mereka2 yang ingin melalui proses ini.
BAGAIMANA IANYA DIGERAKKAN
Ianya digerakkan melalui proses kaunseling dan analisa oleh pegawai2 terlatih dalam mengenalpasti kekuatan dan kelemahan seseorang pelanggan.
ADAKAH IANYA 100% AKAN BERJAYA SIFARKAN HUTANG SESEORANG
Berpegang pada prinsip Usaha.. Berdoa dan Tawakal kepada Allah.. insyaaAllah
Melalui usaha dan diringi dengan doa sekiranya diizinkan Allah swt..tiada yang mustahil.
SIAPAKAH YANG SESUAI MELALUI PROGRAM INI
Semua masyarakat malaysia tidak kira lapisan umur/bangsa/jantina yang inginkan kebebasan kewangan.