TERBAIK UNTUK LADANG ANDA

PEMBEKAL POWERBANK POKOK JOHOR


POWER BANK POKOK adalah satu gel tanaman yang digunakan untuk menyimpan air. Ia juga berfungsi sebagai ejen penyerap air. Ia boleh menyerap air sehingga 200 kali lebih banyak. Ia akan melepaskan air ke dalam media tanam sewaktu tanah kering terutamanya pada musim kemarau panjang. Selain itu, gel tanaman ini juga dapat melembapkan tanah. Ini membuktikan bahawa gel tanaman ini sangatlah efisien dalam pertanian.

Dalam bidang pertanian, power bank pokok dijadikan sebagai media tanaman dan telah lama digunakan sebagai satu inovasi dalam bidang pertanian. Tetapi mungkin masih tidak mendapat pendedahan yang meluas di Malaysia. Masih ramai petani yang tidak mengetahui tentangnya walaupun sudah terbukti ia membawa banyak kebaikan kepada pokok dari segi kualiti dan kesuburan.

Sebelum menanam pokok, power bank pokok sesuai dicampurkan ke dalam tanah. Kajian menunjukkan power bank pokok mampu menjimatkan penggunaan baja rumput sebanyak 30-50%. Bahkan, ia sangat sesuai untuk diguna pakai dalam skala yang besar kerana ia akan lebih menjimatkan kos. Walau bagaimanapun, jika gel tanaman ini dicampur dengan baja, ia akan menghasilkan kualiti yang lebih baik.

Di zaman yang penuh mencabar ini, ramai orang disibukkan dengan kerja dan masa bersama keluarga. Ini adalah penyebab utama tanaman menjadi terbiar tanpa diuruskan dengan baik. Sehingga kadang-kadang tidak punya masa bahkan sampai terlupa untuk menyiram pokok-pokok. Jadi, power bank pokok sangatlah memberi manfaat dalam situasi sebegini.

Apabaila tanah telah disiram dengan air, gel tanaman akan menyerap dan menyimpan air semula. Sebab itu gel tanaman ini boleh tahan lama di dalam tanah kerana ia berfungsi menyerap lebihan air dan akan membekalkan semula jika tanah telah kering. Jenis pokok memainkan peranan penting dalam menentukan jangka masa ia bertahan dalam tanah. Jika pokok yang memerlukan kadar kuantiti air yang banyak, power bank pokok akan lebih cepat habis kerana akar akan menyerap air dengan kadar yang banyak.

6 KELEBIHAN MENGGUNAKAN POWER BANK POKOK*

 1⃣ Mengurangkan kekerapan menyiram pokok (water irrigation).

2⃣Meningkatkan keupayaan pokok menyerap dan menyimpan air.

3⃣Mengelakkan tanah menjadi padat dan mampat (soil compaction)

 4⃣Meningkatkan kecekapan penggunaan air oleh akar pokok dengan adanya mekanisma 'slow release of water' dengan teknologi POWER BANK POKOK (PBP).

5⃣Meningkatkan kebolehtelapan rongga dan liang tanah (Porosity) 

6⃣Meningkatkan kesuburan pokok dan tanaman.

CARA NAK BANCUH POWER BANK POKOK

Gambar rajah menunjukkan bagaimana power bank pokok ini berfungsi untuk membantu meningkatkan keupayaan pokok untuk membesar

Ini adalah hasil penggunaan powerbank pokok keatas pokok sawet,Daunnya sentiasa hijau walaupun musim panas dan kering.

Testimoni seorang petani yang tanam pokok pisang. Sangat seronok melihat perkembangan yang sihat pokok pisang yang ditanam. Rasa sangat berbaloi guna powerbank pokok nie,Sampai nak promote kepada kawan-kawan yang lain guna powerbank pokok ni.

Powerbank pokok ni juga sangat membantu untuk tanaman seperti lada.Hasil yang dikeluarkan juga membuatkan pelanggan yang guna powerbank pokok ni sangat seronok dan teruja.

Pokok getah pun guna powerbank ni .Selain menjimatkan kos, bahan ini juga mampu bertahan sehingga 4 tahun didalam tanah sambil menjalankan fingsi yang tersendiri.

Bila owner pokok durian tahu tantang kelebihan powerbank ni terus ambil banyak. Owner cakap labur sekarang lebih sikit janji pulangan akan datang berbaloi-baloi.