laporan Istimewa

pelaburan emas 2021

Inginkah Anda?

1.Simpanan anda menjadi aset "kekayaaan" anda?

2.Satu bentuk simpanan yang akan menjadi magnet rezeki anda? 

3.Aset yang sentiasa bernilai tanpa mengira zaman?

Anda berada di laman yang betul. Teruskan membaca...

Kenapa emas??

Semua orang sukakan emas. Daripada kecil sampai dewasa emas sudah dikenali dan diminati ramai. Selain ianya dikenali sebagai logam berharga, ia jua mampu menyimpan nilai dan kuasa beli seseorang.

Kita juga sedia maklum harga emas menigkat untuk satu tempoh panjang. Jika dahulu (Tahun 2001), nilai 1gram emas serendah RM 35.80 kini tahun 2021 harga emas sudah mencecah RM250.00 (ketika artikel ini ditulis). Mesti ada dikalangan pembaca rasa menyesal dan mengatakan pada diri sendiri, Kenapa Aku Tidak Simpan Emas dari dahulu ya? Biasalah, penyesalan biasanya akan datang dibelakang dan jika sudah terlepas baru sesal itu sampai. 

Walau bagaimanapun, jangan khuatir, anda masih boleh lagi bermula menyimpan emas dan tiada istilah terlambat disini. Janji anda mahu mulakan

Kelebihan Menyimpan Emas?

1

Emas adalah alat penyimpan nilai wang anda, nilainya adalah fleksible. Walau ada masanya nilai emas menurun, namun tidak selamanya ia akan terus menurun sebaliknya bila tiba masa nilainya akan kembali naik dan kukuh.

2

Atasi masalah inflasi. Dengan kepelbagaian kos hidup yang semakin meningkat, nilai yang ada pada wang akan mengalami pengecilan pada nilainya kerana kuasa beli pengguna yang semakin hari semakin jatuh.

3

Emas merupakan pelaburan yang terbaik untuk masa depan seperti pendidikan, perniagaan, perkahwinan, umrah & haji. Kerana nilai emas adalah seiring dengan perubahan masa dan zaman (kalis inflasi).

4

Mudah untuk dicairkan menjadi wang pada bila-bila masa terutama bila mengalami waktu kecemasan dan nilainya mengikut harga semasa pasaran emas seluruh dunia.

saya nak kenalkan kepada anda "GAP PROGRAM"

GAP atau nama panjangnya Gold Accumulation Program (GAP)(Bahasa Melayu: Program Pengumpulan Emas) ialah suatu program yang dijalankan oleh Public Gold bagi memudahkan khalayak untuk membuat simpanan emas dengan modal minima serendah RM100. Program ini disokong 100% oleh emas fizikal berketulenan Au999.9 (24 karat, 24K) yang diiktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA). Pembeli boleh mengeluarkan emas yang telah dikumpul dalam akaun GAP ke dalam bentuk item emas fizikal di mana-mana cawangan Public Gold. GAP disahkan patuh syariah oleh Amanie Advisors Sdn. Bhd.

DENGAN EMAS SIMPANAN GAP, ANDA BOLEH…

Keluarkan (Withdraw)

Daripada emas simpanan GAP anda, anda boleh keluarkan (withdraw) item emas fizikal seperti wafer, dinar atau jongkong. Hanya pemilik akaun GAP sahaja boleh keluarkan item emas fizikal daripada akaun GAPnya. Maksudnya, hanya anda sahaja yang boleh keluarkan item emas fizikal daripada akaun GAP anda. Anda diwajibkan untuk datang ke cawangan Public Gold (https://publicgold.com.my/index.php/branch) dan bawa kad pengenalan diri sendiri. Caj premium dikenakan dan wajib dibayar secara tunai. Jumlah caj premium berbeza mengikut item yang dikeluarkan.

Jual-Balik (Sellback)

Selain itu, anda boleh juga jual-balik (sellback) emas tersebut untuk mendapatkan Ringgit Malaysia (RM). Anda boleh lakukannya secara atas talian (online) tanpa perlu datang ke cawangan Public Gold. Urusan jual-balik (sellback) anda lebih mudah kerana emas anda sudah tersedia dalam GAP. Public Gold akan masukkan (bank in) ke akaun bank anda dalam masa 24 jam.

Beli-Belah Atas Talian (Online Shopping)

Dengan emas simpanan GAP, anda tidak perlu risau dengan sangkaan kewangan anda beku, tidak boleh digunakan apabila menyimpan emas dengan GAP. Anda boleh gunakan emas simpanan GAP tersebut untuk beli-belah atas talian (online shopping) di PG Mall (www.pgmall.my) barang atau perkhidmatan yang anda inginkan. In sya’ Allah, barang atau perkhidmatan yang anda inginkan ada di PG Mall.

Gadai (Pawn)

Jika anda perlukan pinjaman kewangan, anda boleh gadaikan (pawn) emas simpanan GAP anda untuk mendapatkan pinjaman kewangan. Upah simpan dikenakan. Anda sebaiknya datang ke cawangan Public Gold untuk menandatangani borang akuan gadaian. Konsepnya sama dengan konsep ar-Rahnu di Malaysia, cuma urusannya lebih mudah kerana anda tidak perlu bawa emas anda ke cawangan Public Gold. Anda hanya perlu datang ke cawangan Public Gold.

SIAPA YANG SESUAI BELI EMAS CARA GAP?

1

Orang yang mempunyai modal kecil untuk membeli emas: Dengan GAP, anda boleh menyimpan emas dengan modal serendah RM100. Sudahlah modal minimanya mampu capai, tiada upah simpan dikenakan pula.

2

Orang yang tiada modal cukup untuk membeli suatu item emas secara sekaligus: Jika anda berazam untuk beli suatu item emas, tetapi modal semasa anda tidak cukup untuk beli sekaligus, anda boleh beli item tersebut secara GAP. Anda kumpul gram emas sedikit demi sedikit dalam akaun GAP sehingga capai gram yang anda inginkan, kemudian anda keluarkan gram emas tersebut dalam bentuk item emas yang anda impikan.

3

Orang yang ingin membeli emas tetapi ada isu berkaitan tempat simpanan emas: Jika anda tidak tenang dan risau fikirkan masalah berkaitan tempat simpanan emas anda seperti keselamatan, kos dan kecapaian, maka GAP sangat sesuai untuk anda. Apabila anda beli gram emas secara GAP, Public Gold akan tolong simpankan dan jamin gram emas anda tanpa sebarang kos atau yuran simpanan sehinggalah anda sendiri keluarkan emas simpanan tersebut. Anda juga boleh keluarkan gram emas simpanan anda tersebut di mana-mana cawangan Public Gold seluruh Malaysia.

4

Orang yang ingin mengalihkan atau mempelbagaikan (diversify) portfolio simpanan kewangan: Jika anda ingin alihkan atau pelbagaikan (diversify) portfolio simpanan kewangan anda, saya syorkan anda pertimbangkan GAP sebagai salah satu tempat anda alihkan atau pelbagaikan portfolio simpanan kewangan anda.

SUDAH BERSEDIA UNTUK MEMULAKAN SIMPANAN EMAS GAP ANDA??

Klil link untuk mula mendaftar akaun anda



.