Resdung, atau dikenali sebagai Sinusitis ialah radang pada sinus yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Radang boleh berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman (Virus, bakteria atau fungus). Ini berlaku apabila proses pengaliran mukus terganggu disebabkan oleh faktor seperti anatomi hidung yang abnormal.
Simptom-simptom resdung kanak-kanak ialah:
- Hidung berhingus. Hingus yang mengalir selalunya berwana kuning atau kehijauan.
- Hidung yang tersumbat
- Sakit kepala terutamanya pada bahagian depan atau belakang mata. Sakit kepala akan bertambah apabila pesakit tunduk.
- Demam.
- Sakit bahagian muka (pipi), belakang mata dan dahi.